Tuesday, 5 November 2013

Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh jadi pelupa

Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan penyakit "dementia". Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik German, mereka mendapati individu yang memiliki kandungan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat mengingati banyak perkara berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kandungan gula yang rendah dalam darah mereka.

Kajian itu dilakukan terhadap 141 individu yang rata-ratanya berusia 63 tahun purata dan tidak menghidap diabetes tahap kedua atau pra-diabetes. Peserta perlu menjalani pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan beberapa siri ujian memori. Saiz hippocampus setiap peserta juga dicatatkan kerana ia merupakan komponen paling penting yang mengawal selia memori.

Agnes Flöel, penyelidik di Universiti Perubatan Charité di Berlin berkata, mereka yang mempunyai kadar kandungan gula dalam darah yang tinggi dan berjangka panjang didapati susah untuk mengingati perkataan. Beliau berkata, “Tahap gula dalam darah yang tinggi berkait rapat dengan jumlah perkataan yang boleh mereka ingati dalam ujian tersebut.” “Kami juga mendapati, mereka yang mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi mempunyai saiz hippocampus yang kecil,” beliau berkata.

Hasil kajian itu dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology yang diterbitkan oleh American Academy of Neurology, juga menunjukkan bahawa dengan mengurangkan tahap gula dalam darah boleh mengelakkan masalah ingatan pada masa depan. Walau bagaimanapun, Flöel berkata kajian itu dilakukan dalam skala kecil dan tidak membuktikan kesan dan akibatnya. Keperluan bagi ujian klinikal yang lebih besar untuk menguji sama ada dengan menurunkan glukosa akan dapat membantu mencegah demensia, katanya lagi. 

Robert Ratner, ketua saintis dan pegawai perubatan di American Diabetes Association, berkata kajian tersebut membuktikan ada sedikit kaitan. Mereka hanya meneliti tahap glukosa pada satu masa dengan ingatan. Mereka tidak menunjukkan kehilangan ingatan adalah sama ada ia disebabkan oleh tahap glukosa yang tinggi, atau dengan mengurangkan tahap glukosa akan memperbaiki ingatan.” Beliau berkata “ Tidak menghairankan jika tahap glukosa mempunyai kesan negatif. Risiko dementia adalah lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes.

Keith Fargo dari Alzheimer’s Association berkata apabila tubuh kehilangan upaya untuk mengawal tahap glukosa dalam darah, otak tidak akan berfungi dengan betul. Kajian yang dilakukan oleh saintis penyelidik kanan, Rachel Whitmer, menunjukkan bahawa individu yang menghidap diabetes tahap 2 dan mempunyai kawalan gula dalam darah yang lemah berdepan risiko besar untuk mendapat dementia. “Orang tua yang mempunyai diabetes tahap dua, lebih cenderung untuk mendapat dementia.

Dengan itu, bagaimanakah untuk menurunkan tahap darah gula dalam darah jika berada dalam sela normal? Menurut Ratner, ini disebabkan oleh genetik, cara pemakanan dan tindak balas hormon. Jika anda mahukan tahap gula dalam darah yang sihat, ia bukan bermakna anda tidak boleh mengambil pengambilan gula. Ia berkait dengan cara pemakanan yang sihat, pengambilan kalori, protein, lemak dan karbohidrat yang seimbang, katanya. Senaman juga penting kerana ia boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menghasilkan insulin. Tambah Whitmer lagi, “Kami sedar, mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan makan makanan sihat berkemungkinan kecil mendapat diabetes jenis dua dan dementia. Gaya hidup yang sihat baik untuk otak.” 

No comments:

Post a Comment