Monday, 2 December 2013

AURAT PESAKIT MUSLIMAH : ANTARA MARUAH & DARURAT

“Bukan sakit bersalin yang saya takutkan. Tapi saya serik dengan keadaan dan situasi sepanjang proses kelahiran. Tambah lagi jika datang doktor bersama pelajar-pelajar perubatan lelaki. Seorang demi seorang melihat dan pegang bahagian ####### saya… kata mereka nak tahu ‘bukaan’ rahim berapa…” 

Monday, 11 November 2013

Khasiat Pokok Kaduk

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang. 

Joran : Waktu Sesuai Memancing Mengikut Kalendar Islam

12/13/14/15/16hb hijrah: Bulan Penuh/Mengambang 
1.Selat dan sungai
a)arus deras dan tinggi.
b)pasang lebih lama dari surut.
c)batu ladung 30 keatas.
d)tidak sesuai untuk memancing.

Wednesday, 6 November 2013

Had kawasan masjid bagi wanita haid

Soalan; 
Apa hukum wanita haid duduk di serambi atau anjung masjid atau di tingkat bawah masjid yang digunakan untuk meletak dan menyimpan barang-barang keperluan masjid, bukannya di tempat yang dikhaskan untuk solat? Adakah tempat tersebut dikira hukum masjid juga?

Penyakit batu karang

Dianggarkan 15 hingga 20 peratus rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka. Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang. Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.

Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing). 

Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah. Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. 

Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing. 

Pakar perubatan percaya pembentukannya dipengaruhi genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa mendapatnya. Jika ada ahli keluarga pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh dapatnya. Mereka yang pernah dijangkiti kuman di saluran kencing mudah mendapatnya. 

Simptom utama adalah rasa sakit teramat sangat di belakang atau pinggang, digambarkan lebih teruk daripada sakit bersalin. Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria. Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah. Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain. 

Rawatan moden Rawatan bergantung pada saiz dan lokasi, kadar kesakitan dan keupayaan pesakit untuk minum. Jika doktor merasakan batu karang boleh keluar melalui air kencing kerana pesakit boleh tahan sakit, makan minum seperti biasa, mereka boleh berehat di rumah dan menunggu batu karang keluar sendiri. Jika pesakit mengalami kesakitan teruk atau loya, doktor akan menahannya di hospital dan memberi ubat tahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah anda (IV fluids). 

Jika pesakit mengalami demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan mengelak jangkitan kuman lebih serius. Jika batu karang tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain antaranya proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang 1 cm. 

Pencegahan : Pengambilan air yang banyak membantu mencegah kristal halus bercantum dan membentuk batu karang lebih besar. Ia juga memudahkan badan membuang batu karang yang bersaiz sangat kecil. 

Pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang. Antara makanan yang menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil berlebihan, daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan

Petua untuk hilangkan penyakit ni:

Penawar Batu Karang cara Tradisional

1. Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira
satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

2. Nanas

Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau Try Cari Sulur Nenas campur ngan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak
ada batu karang tersebut....

3. Lobak Putih

minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2kali. Jangan diamalkan hari-hari sebab air lobak putih adalah tajam.

3. Epal Hijau, minyak zaitun

Minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom
(magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate
buka bukaan pundi kencing. 

Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.

Petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

Amalkan tiap2 hari ... In sha Allah

4. Tembikai dan Prune Juice

Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari. Makan tembikai 1 biji kena habiskan dlm masa 24 jam selama 3 hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air) 

Cubalah, In sha Allah 

Pemakanan tradisional Cina

Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)

Perubatan tradisional Melayu

Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.

Contohnya ialah:-

Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.

Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiga pagi.

Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.

Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum.

Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar.

Kemudian minum airnya dan makan isinya.

(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).

Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)

Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).


Ubat Ajaib 
Ubat Shilintong. Pergilah mana-mana kedai ubat Cina, mereka pasti tau ubat yang dikeluarkan oleh sebuah kilang di Guandong, China ini. 


Rawatan al-Quran : Ayat al-Quran memiliki mukjizat dan kelebihan untuk membantu penyembuhan masalah batu karang. Ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah: Surah al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81 Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75 Surah al-Mukminun ayat 75 hingga 100 Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55 

Cara amalan ialah pesakit membaca surah pertama sebanyak tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas itu, pesakit perlu berdoa kepada Allah memohon sembuh. 

Ayat di atas dan daripada surah al-Anbiyaa' berfungsi memecahkan atau menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing. Bila batu hancur dan halus seperti pasir, ia mudah dikeluarkan dari tubuh pesakit semasa buang air kecil. Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." 

Allah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taghabun ayat 11, yang lebih kurang bermaksud;"Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." 

Di dalam ayat suci al-Quran di atas, Allah menerangkan bahawa setiap musibah atau dugaan yang dihadapi oleh setiap insan di dunia hanya boleh berlaku dengan izin Allah. 

Kesimpulannya, setiap sakit yang dideritai adalah satu bentuk ujian Allah; yang harus ditempuhi dengan sabar dan usaha penuh yakin dengan janji Allah yang pasti akan ada ganjaran buat hamba-Nya yang bersabar di atas musibah yang diturunkan. Insya-Allah, setiap usaha, doa dan kesabaran kita akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131103/kn_02/Penyakit-batu-karang#ixzz2jjQTYqtW © Utusan Melayu (M) Bhd

Lebih asid urik punca batu karang 
ENCIK perlu minum banyak air, elak mengambil makanan yang mengandungi sumber protein berlebihan,” demikian kata jururawat muda kepada Azman sebelum dia meninggalkan kaunter farmasi hospital swasta di ibu kota. Dalam keadaan lemah Azman hanya mengangguk perlahan. Dia baru sahaja dibenarkan pulang setelah ditahan hampir seminggu kerana menjalani pembedahan membuang batu karang bersaiz enam milimeter pada bahagian kiri buah pinggangnya. 

Secara peribadi Azman sendiri sudah dapat mengagak kesakitan yang ditanggung sejak dua minggu lalu termasuk kesukaran membuang air kecil, diikuti sakit pada bahagian pinggang, kemungkinan dia diserang penyakit batu karang _ sama seperti penyakit yang dialami ibunya kira-kira dua tahun lalu. Bimbang perkara sama berulang, Azman mengambil keputusan berjumpa doktor lebih awal kerana setahunya keturunan turut menjadi faktor kepada penyakit itu. Setelah melakukan ujian darah, air kencing dan ujian sinaran X, tepat seperti diramal, doktor mengesahkan terdapat ketulan batu di sebelah kiri buah pinggangnya. 

Menurut Pakar Urologi, Hospital Pusrawi Sdn. Bhd., Jalan Tun Razak, Dr. Abdul Rashid Abdul Subahan, penyakit batu karang turut disebabkan faktor keturunan. Oleh kerana itu adalah tidak mustahil penyakit yang sama dialami ibu Azman sebelum itu, kemungkinan diwarisi Azman. Gaya hidup keluarga yang suka kepada pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi asid urik seperti ikan sardin, ikan bilis, limpa, hati dan kerang tidak dinafikan menjadikan peratusan kemungkinan Azman menghidapi penyakit batu karang adalah tinggi. 

Membincangkan mengenai bagaimana penyakit batu karang terjadi, Dr. Abdul Rahsid berkata, ia berlaku apabila wujud serpihan kristal kecil yang membentuk ketulan di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang. Serpihan kristal kecil itu tidak diketahui puncanya, bagaimanapun pengambilan makanan yang mengandungi banyak asid urik dan oxalate merupakan penyebab utama kandungan asid urik bertambah. “

Penambahan kandungan asid urik di dalam badan menyebabkan hablur kecil yang dinamakan kristal lama-kelamaan membentuk batu karang. “Pesakit batu karang akan mengadu sakit, kencing berdarah dan kerap mengalami jangkitan kuman di sistem aliran kencing. Tempat di mana kesakitan berlaku bergantung kepada tempat batu itu berada,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Menerangkan lebih lanjut mengenainya, beliau berkata, pembentukan batu karang mengambil masa lama dan kebanyakan pesakit tidak sedar kewujudannya, sehinggalah beberapa gejala yang menyebabkan kesakitan pada sisi perut iaitu kiri dan kanan pinggang. 

Bagi kes serius, kata Dr. Abdul Rashid, pesakit akan mengalami kesakitan pada saluran kencing kerana batu karang akan menyekat pengaliran air kencing. Keadaan ini menyebabkan penghidap tidak boleh membuang air kecil. Apabila ini berlaku, wujud jangkitan kuman yang menyebabkan demam panas. Seseorang mungkin mengalami demam sementara, tetapi bagi sesetengah kes pula, air kencing penghidap mungkin mengandungi darah atau nanah. 

Beliau berkata, penyakit batu karang boleh menyerang setiap orang dan melibatkan kedua-dua jantina. Namun, ia lebih kerap berlaku dalam kategori umur pertengahan dan ia lebih kerap berlaku di kalangan lelaki. “Ia dipanggil batu kerana yang terbentuk dalam badan adalah sejenis zat yang keras seperti batu jalan dan pada asasnya mengandungi unsur kalsium. Ia diberi nama karang kerana menyerupai karang laut iaitu boleh tumbuh dan membesar, mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta mempunyai ciri kekerasan yang berbeza,’’ ujarnya. Penyakit ini boleh terjadi pada organ tertentu seperti buah pinggang dan pundi kencing. 

Pada umumnya, sebutan batu karang merujuk kepada batu yang terjadi di dalam saluran air kencing, bermula dari buah pinggang, salur ureter, pundi kencing, kelenjar prostat hingga ke salur urethra. Terang beliau lagi, batu karang bukan penyakit baru dan memang biasa dialami masyarakat di negara ini. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui punca sebenar penyakit ini terjadi. Kata Dr. Rashid, jumlah penghidap penyakit itu semakin bertambah berikutan perubahan taraf dan gaya hidup masyarakat di negara ini. Pada masa sama juga perkhidmatan kesihatan berteknologi tinggi juga menjadikan rawatan untuk penyakit ini lebih mudah dan selamat. 

Menerangkan kategori utama batu karang, beliau berkata, terdapat tiga jenis utama iaitu jenis kecil, sederhana dan besar. Batu karang kecil bersaiz kurang daripada lima milimeter, manakala sederhana antara enam milimeter hingga satu sentimeter dan batu karang besar boleh mencecah antara satu hingga dua sentimeter sehingga tiga hingga empat sentimeter atau lebih besar. 

Mengenai rawatan, kata beliau, bagi batu karang kecil rawatan yang biasa digunakan adalah menggunakan ubat yang memecahkan kristal dan kemudian dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Rawatan batu karang ditentukan mengikut saiznya, kesihatan pesakit, kedudukan dan jumlah batu karang itu sendiri sama ada di dalam saluran kencing atau buah pinggang. Sebelum menjalani rawatan, pesakit perlu menjalani ujian sinaran X, sama ada ultra sound atau contras media bagi menentukan kedudukan batu karang pada buah pinggang atau salur kencing. “X-ray contras media yang dikenali sebagai Intra Venous Urogram (IVU) digunakan bagi mengenal pasti kedudukan batu karang sama ada penyebab sumbatan atau halangan di dalam sistem air kencing dan buah pinggang. 

“Adalah lebih baik pesakit mendapatkan rawatan awal jika mengalami sakit pada buah pinggang. Jika batu masih kecil, memadai makan ubat untuk menghancurkannya dan dibuang secara semula jadi melalui air kencing,’’ ujarnya lagi. Jika batu karang tersangkut dan ukurannya lebih besar lebih satu sentimeter, kaedah menembak dilakukan untuk mengecilkan batu tersebut. Rawatan yang diguna untuk menghancur atau membuang batu karang adalah melalui kaedah tembak batu atau lithotripsy. Kaedah itu menggunakan tenaga dari luar atau dikenali sebagai Extra Corporeal Shockwave Lithoripsy (ESWL). Ia berfungsi untuk memecah batu karang yang berukuran kurang dua sentimeter. Sejenis mesin khas digunakan dalam proses penembakan dari luar badan. 

Batu karang juga katanya, boleh dibuang menggunakan endoscopic lithotripsy. Kebiasaannya endoskop dimasukkan ke dalam saluran kencing untuk dijadikan panduan memasukkan satu lagi alat bagi memecahkan batu dari dalam badan. Selepas batu dipecahkan, cebisannya disedut keluar melalui endoskop. Bagi kes batu karang besar, pesakit dinasihatkan menjalani pembedahan. Menurutnya, bagi pesakit yang sudah menjalani rawatan membuang batu karang perlu mendapatkan rawatan susulan kerana dikhuatiri masih ada serpihan batu karang yang tertinggal. 

Tuesday, 5 November 2013

Fatwa Malaysia : ISU Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram

PENJELASAN: Amalan yang biasa dilakukan sempena menyambut bulan Muharram ialah bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Walaupun terdapat beberapa pandangan tentang bacaan doa ini, namun selagi ia merupakan doa yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka ianya baik untuk umat Islam dan boleh diamalkan tanpa halangan. Begitu juga dengan sambutan Mawlid Rasul, Nuzul-Quran serta sambutan lain yang tidak disebutkan secara khusus dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh jadi pelupa

Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan penyakit "dementia". Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik German, mereka mendapati individu yang memiliki kandungan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat mengingati banyak perkara berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kandungan gula yang rendah dalam darah mereka.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Ingin menyeru para jemaah dalam persoalan doa awal & akhir tahun, agar diutamakan penerangan & elakkan penghukuman kepada mereka di luar sana yang masih belum jelas & faham. Artikel daripada Felo Fatwa JAKIM & juga merupakan penceramah bulanan di Masjid Asy Syarif Meru Klang, Ust Abu Umair Lokmanulhakim Hussain, ini adalah di antara penerangan yang boleh diusahakan..  Semoga Allah SWT memberikan kefahaman dalam agama kepada sesiapa yang dikhendakiNya kebaikan.

Saturday, 2 November 2013

Khasiat Pokok Putat

Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun.

Taklid

Kata tokoh fekah semasa yang terkenal al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili: 
“Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang ALLAH wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain. 

Hukum Tidak Terikat Dengan Mazhab

Soalan: Dr Asri, saya membaca buku Fekah as-Sunnah karangan Sayyid Sabiq. Saya amat tertarik dengan perbahasan buku tersebut yang mengambil kira pendapat berbagai mazhab. Tapi, kawan saya melarang membaca buku tersebut. Dia memberitahu saya bahawa pendapat yang tidak mengikut Mazhab Shafie adalah sesat. Saya keliru, sebab saya juga diberitahu bukuFekah as-Sunnah diterima di seluruh dunia. Bolehkah Dr Asri huraikan masalah ini?

Tuesday, 29 October 2013

Majlis Makan Malam "Ukhuwah" Taman IBK

Chef Sedang tabur "JAMPI" hehehe
Alhamdulillah satu majlis "Makan Malam PERSAUDARAAN @ ukhuwah" anjuran bersama warga taman telah berlangsung dalam suasana yang cukup ceria ..

Program telah dijayakan pada 26hb Okt 2013 
Masa 9:00 malam, 
Lokasi : Dataran Ukhuwah (Hadapan Rumah En Baha)

Monday, 28 October 2013

Khasiat Pokok Sambung Nyawa @ Sireh Cina + Video

Nama Tempatan: Sambung Nyawa Nama Saintifik: Gynura procumbens 
Nama Lain: Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, and Kelemai merah, bai bing cao 
Famili: Asteraceae

Friday, 25 October 2013

Khasiat Hempedu Bumi +Video

Nama Tempatan: Hempedu bumi Nama Saintifik: Andrographis Paniculata Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita 
Famili: Acanthaceae 
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia 

Keterangan: Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm.

Thursday, 24 October 2013

Khasiat Pokok Jarum Tujuh Bilah (Tujuh Duri)

Khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah iaitu baik untuk merawat penyakit barah dan penyakit buah pinggang. 

Boleh dijadikan ulam .daunnya yang lemak dicicah dengan sambal belacan.

Q&A: Beramal dengan pendapat ulama

Soalan; Ustaz, saya selalu mengalami kesukaran apabila terdapat pelbagai pendapat ulama tentang satu-satu masalah. Contohnya, saya seorang yang bermazhab Syafie, tetapi pada masa yang sama saya menggunakan pendapat Dr Yusuf Qardawi dalam sesetengah masalah (contohnya taharah). Adakah saya dikira talfiq? Dan andaikata terdapat banyak pendapat ulama dalam bab taharah (contohnya Yusuf Qaradawi, ulama A dan ulama B), adakah saya perlu melakukan tarjih terlebih dahulu untuk memilih pendapat mana yang lebih kuat pada penilaian saya? Bolehkah kita menggunakan pendapat ulama A untuk masalah 1 dan ulama B untuk masalah 2 kerana pendapat ulama itu lebih mudah dalam masalah itu. Tidakkah ia menyerupai talfiq?

Tuesday, 22 October 2013

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Friday, 18 October 2013

Q&A: Cara terbaik agih daging korban

Soalan; Bagaimana cara pembahagian daging korban yang sebenarnya? 

Tips : Periksa IMEI handphone anda..

Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam. Check it out !! 

Saturday, 12 October 2013

CARA MALAIKAT IZRAIL MENCABUT NYAWA

Cara malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah SWT, maka malaikat izrail mencabut nyawanya dengan kasar.

Hukum hakam sembelihan

JOM BELAJAR ADAB FEQH 
Risalah ringkas yg ditulis oleh guru kami mengenai adab & hukum hakam sembelihan..... 
ini risalah yang dinamakan dia AL-MURSYID ASH-SHOLIH PADA MENYATAKAN ADAB DAN AHKAM MENYEMBELIH

Khasiat Kemunting Cina


Mengawal Darah Tinggi
Pokok kemunting cina khasiatnya bagus mengawal darah tinggi.Petik 2 helai daun tersebut kemudian rendam dengan air panas dalam cawan dan tutup cawan tersebut. Apabila sudah suam airnya barulah di minum. Darah akan jadi normal jika selalu kita amalkannya. In Shaa Allah.

Artikel Menarik