Selain pelepas dahaga, air kelapa juga dimanfaatkan sebagai ubat pelbagai penyakit.
Sejak dulu, minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.
Lebih istimewa, air kelapa boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.
Bagi rawatan tradisional pula, ia adalah ubat berkesan untuk membasmi pelbagai jenis cacing dalam usus, diminum pada sebelah pagi sebelum makanan lain diambil.
Hasil kajian mendapati air kelapa yang diminum kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula antara 1.7 hingga 2.6 peratus dan protein 0.07 hingga 0.55 peratus.
Buah ajaib
Di Filipina, air kelapa lebih kepada proses pembuatan minuman alkohol, cuka, nata de coco dan jelly manakala di negara kita, air kelapa digunakan untuk minuman dan bahan asas pembuatan nata de coco.
Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera turut dikenali Wonder Food.
Ia dipanggil begitu disebabkan banyak kandungan nutrisi di dalam buah kelapa yang diperlukan tubuh.
Di beberapa negara, kelapa dikaitkan dengan mitos buah ajaib. Penganut Hindu memanggil kelapa sebagai pokok syurga kerana dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan dan umur panjang.
Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain.
Malah sebiji kelapa cukup untuk memenuhi keperluan Vitamin C seharian, selain membantu mengawal penyakit diabetes.
Ahli Persatuan Dietetik Amerika, Andrea Giancol RD, berkata kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.
Namun, katanya, walaupun begitu berkhasiat, perlu juga mengambil sumber tambahan lain seperti sayur dan buah.
INFO: Antara fakta dan mitos
Fakta
Air kelapa dapat menjadi penawar sementara tubuh beracun – Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut, namun ia bersifat sementara.
Minuman air kelapa awet muda – Air kelapa mengandungi vitamin C yang baik untuk kesegaran kulit.
Mitos
Air kelapa membuat badan lemah – Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat, asam amino, vitamin dan ion yang memberi tenaga.
Minum air kelapa akan mempercepatkan kelahiran bayi – Hingga kini belum ada bukti saintifik berkenaan dakwaan ini. Bagaimanapun, ia berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.
Lelaki minum air kelapa lemah syahwat – Secara umumnya masalah berkenaan disebabkan faktor tekanan dan sebagainya.
Air kelapa penyebab sakit jantung – Air kelapa mengandungi kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.
Jangan minum air kelapa ketika diet – Kajian mendapati air kelapa tidak menyebabkan kegemukan kerana yang membuatkan kegemukan adalah santan dan isi kelapa.
Ibu hamil bagus minum air kelapa untuk kesuburan rambut – Hamil atau tidak, minum air kelapa memang menyegarkan. SUMBER
Fakta Tentang Khasiat Air Kelapa
Air kelapa memang memiliki banyak khasiat untuk kesehatan, beirkut diantaranya.
Memberi manfaat setara susu sapi.
Kandungan protein air kelapa muda 0,2 g/100 g, sementara pada susu sapi 3,2 g/100 g.
Semua protein hewani (kecuali gelatin) adalah protein lengkap, mengandung semua asam amino esensial. Susu sapi pastinya mengandung asam amino esensial lebih lengkap daripada air kelapa. Asam amino esensial sendiri adalah asam amino yang mutlak diperlukan tubuh, namun tidak dapat dibentuk sendiri oleh tubuh. Jadi harus berasal dari luar. Yang termasuk asam amino esensial seperti lisin, leusin, isoleusin, treonin, triptofan, fenilalanin, valin, metionin, dan histidin .
Pada air kelapa, kandungan asam amino arginin 12,75 %, alanin 2,41 % , sistein (1,17 %), serin (0,91 %) yang memang kandungannya lebih tinggi daripada susu sapi. Tapi keempat asam amino tersebut bukanlah asam amino esensial.
Inilah perbedaannya. Sedang asam amino lain yang terdapat dalam air kelapa adalah; glutamin, histidin, fenilalanin, tirosin, leusin, lisin, tirosin, dan histidin.
Glutamin adalah asam amino tertinggi pada air kelapa.
Membuat kulit bayinya bersih saat dilahirkan.
Air kelapa memang mengandung beragam vitamin. Diantaranya vitamin C yang dominan, asam nikotinat, asam folat, asam pantotenat, biotin, serta riboflavin.
Vitamin C sendiri berfungsi sebagai antioksidan, pemeliharaan kulit, dan membantu pembentukan jaringan kolagen. Kolagen sendiri sangat diperlukankan untuk integritas struktur sel di semua jaringan ikat, juga untuk kelenturan serta kekenyalan kulit. “Jadi, vitamin C dan kolagen yang terdapat pada air kelapa yang diminum oleh seorang ibu yang sedang hamil, bisa membantu menjadikan kulit bayi menjadi lebih bersih dan kenyal,” terang dr. Endang Peddyawati, MS, SpGK., spesialis gizi klinik dari RSUP Persahabatan, Jakarta.
Membuat badan jadi lemas.
Pada tahun 2000, FAO (lembaga pangan dunia) bahkan menobatkan air kelapa sebagai minuman energi alami. Selain itu, air kelapa memang mengandung cairan isotonik, serupa dengan komposisi elektrolit dan cairan dalam tubuh yang bisa mengurangi efek dehidrasi karena berkurangnya cairan tubuh. Jadi, air kelapa tidak akan membuat badan Anda jadi lemas, apalagi karena air kelapa mengandung karbohidrat, asam amino, vitamin, dan ion yang mampu memberi energi bagi tubuh Anda.
Mengurangi efek alkohol.
Minuman beralkohol yang masuk ke dalam lambung memang bisa dikeluarkan dengan cara minum air kelapa untuk membuat muntah (karena air kelapa bisa berfungsi sebagai antidotum atau penawar zat-zat tertentu).
Air kelapa juga bisa mengencerkan kadar minuman keras, hingga efeknya menjadi lemah. Tapi bila minuman keras tersebut sudah merasuk ke dalam jaringan -apalagi bila sudah menimbulkan kerusakan jaringan yang sifatnya permanen- maka konsumsi air kelapa sama sekali tidak ada manfaatnya.
Memecahkan batu ginjal dan mengeluarkannya.
Suatu penelitian pernah dilakukan pada pasien dengan batu ginjal. Ternyata air kelapa yang berfungsi sebagai diuretik ini dapat mengeluarkan batu ginjal pada pasien tersebut. “Tentunya batu tersebut berukuran sangat kecil,” terang dr. Peddy.
Tapi jika batunya sudah lebih besar dari saluran kencing, air kelapa tidak bisa Anda andalkan.
Menurunkan demam dan menaikkan trombosit penderita DBD.
“Sebagaimana penyakit lain yang disebabkan oleh virus, demam berdarah berkaitan dengan daya tahan tubuh,” tegas dr. Peddy.
Bagi penderita demam dengue yang terpenting mencegah terjadinya syok dengan menjaga cairan tubuh, baik dengan minum atau dengan infus. Tergantung dari kondisi pasien.
Air kelapa diperlukan karena mempunyai kandungan seperti cairan isotonis tubuh (tapi bukan untuk menaikkan trombosit). Trombosit akan naik sejalan dengan proses penyembuhan.
Mencegah dehidrasi.
Kekurangan cairan akan menyebabkan terjadinya dehidrasi yang bisa berakibat fatal (terutama pada bayi). Pada keadaan demikian, pemberian air putih saja tidak cukup. Demikian juga pada keadaan kehilangan cairan karena olahraga (banyak keringat keluar). Diperlukan elektrolit. Air kelapa yang kaya kandungan elektrolit, bisa menolong Anda dari dehidrasi
Memperbaiki sistem imunitas.
Sistem imun dibentuk antara lain dari protein. Dengan kandungan protein rendah, maka kemungkinan untuk dapat membentuk antibody juga rendah. Air kelapa mengandung asam laurat yang merupakan zat antibakteri, antivirus, dan antijamur. Dalam jumlah kecil air kelapa juga mengandung glutamin dan arginin yang mampu membantu melawan virus. “Jadi air kelapa juga bisa Anda andalkan untuk membangun sistem kekebalan tubuh,” tutur dr. Peddy.
Menetralisir racun.
Air kelapa memang mengandung antidotum tapi tidak untuk semua jenis racun. Air kelapa dapat membantu mengeluarkan racun jika masih terdapat dalam lambung dengan cara memuntahkan atau membilasnya. Bila racun tersebut sudah telanjur menyelusup ke dalam darah, pemberian air kelapa hanya akan membantu mengencerkannya, sehingga bisa dikeluarkan melalui ginjal. - SUMBER
14 khasiat air kelapa yang terbukti saintifik
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
SUMBER
Kebaikan air kelapa yang anda perlu tahu
Agen anti-penuaan
Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit.
Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.
Hidrat dan meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino.
Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.
Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan.
Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B.
Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda.
Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya. SUMBER
No comments:
Post a Comment